Monday 30 July 2012

Sambutan Nuzul Al Quran dan Iftar Perdana 1433H

Persatuan Insani Darul Takzim mengadakan program Sambutan Nuzul Al Quran dan Iftar Perdana pada 10.8.2012 di SMK Seri Perling. Majlis ini diserikan dengan kehadiran 400 orang tetamu terdiri dari anak yatim/miskin, kakitangan dan PIBG SMK Seri perling serta seluruh jawatankuasa Insani dan Asrama Kebajikan Ar Rayyan. Program dimulakan dengan tadarus Al Quran, khatam Al Quran, majlis sumbangan dan berbuka puasa bersama. Majlis turut ditandai dengan tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz Zoolhilmi bin Ahmed serta solat berjemaah.Maklumat lanjut program hubungi Ustaz Halimi 013-3450068

No comments:

Post a Comment