Thursday 17 May 2012

Khidmat Komuniti Bersama Orang Asli, Batu Pahat

Persatuan Insani Darul Takzim bekerjasama dengan Mahasiswa Budi Penyayang, UTM mengadakan Program Komuniti Bersama Orang Asli Minyak Beku, Batu Pahat. Program ini diadakan pada 12-13 Jun 2012 bersama 100 keluarga orang asli.Program ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada pihak Jawatankuasa Taman Perumahan Orang Asli tersebut yang diketuai oleh En Amran, antara aturcara yang dilaksanakan adalah Sukaneka, Tayangan Filem Animasi serta Program Kerohanian. Dengan adanya program ini, penghuni Asrama Kebajikan Ar Rayyan yang terdiri daripada anak yatim/miskin serta Jawatankuasa Persatuan Insani Darul Takzim dapat merasai kehidupan serta beramah mesra bersama orang asli dan mahasiswa UTM.Semua peserta program menginap di khemah yang didirikan serta semua aktiviti dilaksanakan di padang, surau serta balai raya berhampiran.

No comments:

Post a Comment