Saturday 2 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Persatuan Insani Darul Takzim dengan kerjasama Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H di Masjid LTAS pada 2hb Mac 2013. Majlis tersebut akan diserikan dengan acara Kembara Masjid (Pagi), Gotong Royong Memasak, Tayang Filem Animasi: Muhammad Utusan Terakhir (Petang) dan Ceramah Maulidur Rasul (Malam). Sumbangan bagi menjayakan majlis ini amat dialu-alukan dengan kehadiran anakyatim/miskin serta pelajar tahfiz dari Asrama Kebajikan Ar Rayyan dan Maahad Tahfiz Sains Al Insyirah. Dijangkakan seramai 300 orang akan menyertai majlis yang dijalankan selama sehari ini. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Halimi di talian 013-3450068 atau 07-2411517.

No comments:

Post a Comment