Monday, 20 February 2017

Majlis Makan Malam Amal

Persatuan Insani Darul Takzim akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal pada 19hb Mei 2017 bermula 7.30 hingga 11.00 malam. Program ini dijangka akan diadakan di Dewan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi Johor Bahru. Dijangka 200 orang akan menyertai program murni ini. Objektif penganjuran program ini adalah mengumpul dana bagi menampung kos operasi Asrama Kebajikan Ar Rayyan (Daftar JKM : J/PJB WT 016/2016), kos aktiviti wajib pelajar dan kos baikpulih kerosakan asrama. Tajaan VVIP bernilai RM 5,000, RM 3,000 dan RM 1,000 untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Tajaan VVIP layak untuk mendapatkan resit pengecualian cukai Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7729). Tajaan/sumbangan atau derma di bawah nilai RM 1,000 juga dialu-alukan untuk turut serta di dalam program ini. Maklumat lanjut hubungi Ustaz Halimi 013-3450068.

Friday, 2 January 2015

Bantuan Pasca Banjir di Pantai Timur

Bantuan Pasca Banjir di Pantai Timur masuk siri yang kedua selepas bantuan tahun 2014. Kini bantuan diteruskan dengan hasil sumbangan masyarakat seperti beras dan air mineral. Penghantaran akan disertai oleh 10 orang sukarelawan dengan sebuah lori dan 2 buah MPV. Fokus bantuan khusus untuk wilayah sekitar Pahang memandangkan yang paling hampir dengan Johor dan antara negeri yang menerima kesan besar akibat bencana banjir pada kali ini. Bantuan ini juga hasil semangat Maulidur Rasul 1436H pada tahun ini yang memupuk sifat bantu membantu dan semangat kemasyarakatan yang tinggi.Seperti bantuan banjir siri pertama dahulu, bantuan banjir siri kedua juga akan diserikan dengan aktiviti cuci kawasan banjir seperti rumah perseorangan, masjid, surau atau sekolah. Disamping itu penyerahan barangan dan ramah mesra dengan penduduk sekitar juga dilakukan. Bantuan banjir akan diteruskan pada setiap tahun dan sekiranya sumbangan ingin dilakukan boleh terus ke akaun persatuan seperti dinyatakan.

Monday, 5 May 2014

Kem Eksplorasi Cinta Al Quran

Kem Eksplorasi Cinta Al Quran dijadualkan dilaksanakan pada 2hb hingga 5hb Jun 2014 (4H/3M) di Pasir Lanun, Mersing, Johor. Seramai 80 orang dijangka akan terlibat di dalam program tersebut. Seramai 40 orang anak yatim/ miskin dari Asrama Kebajikan Ar Rayyan akan ditaja oleh pihak PENAJA yang telah dikenalpasti dan urusetia program adalah Ar Rayyan Consultant (No Pendaftaran SSM : JR0045074-D). 40 penyertaan pelajar luar dari Asrama Kebajikan Ar Rayyan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 250 sahaja (4H/3M).JIKA BERMINAT MOHON HUBUNGI SEGERA 013-2964301 ATAU 013-3450068. Aktiviti yang dijalankan seperti halaqah dan hafazan Al Quran, mempelajari tajwid dan tafsir Al Quran serta aktiviti lasak seperti XPDC terokai hutan dan pulau serta siri motivasi sahsiah dan pendidikan.Penyertaan terhad, hubungi segera....