Monday 1 August 2011

Pemerkasaan Ihya Ramadhan 1432H (Insani)

Ihya Ramadhan 1432H telah menjelang tiba, pesta ibadah bagi mendidik dan memperkasa jiwa kini bermula. Madrasah yang paling ampuh saban tahun menghasilkan seribu satu makna dalam kehidupan mukmin yang menghargainya. Marilah kita memuhasabah diri dan memperteguh jiwa dan minda untuk terus patuh kepada suruhan Ilahi Yang Maha Esa. Insani melancarkan program Pemerkasaan Ihya Ramadhan 1432H dengan pelbagai aktiviti seperti Qiamullail Harian, Iftar Jamaie, Tadarus Al Quran Harian, Sahur Jamaie, Tazkirah Ramadhan dan Sumbangan Asnaf/Golongan Daif. Marilah kita sama-sama menjadikan madrasah Ramadhan kali ini sebagai medan terbaik sepanjang hidup dengan keazaman melaksanakan ibadah sebanyak mungkin. Jadikanlah sedekah jariah sebagai salah satu medan meraih pahala yang berlipat ganda di sisi Allah s.w.t. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur'an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (HR Al-Bukhary)

No comments:

Post a Comment