Wednesday 20 July 2011

Pengenalan Insani

Persatuan Insani Darul Takzim atau dikenali sebagai Insani di tubuhkan pada 14hb Jun 2011(No. Pendaftaran : 2892-11-JHR). Persatuan Insani Darul Takzim dipimpin oleh Ustaz Mohamad Halimi bin Hj Kolan manakala Setiausaha merangkap Pengurus Asrama Kebajikan Ar Rayyan iaitu Ustazah Norhasikin binti Nordin. Insani ditubuhkan atas kesedaran membela golongan asnaf dan kurang berkemampuan seperti fakir, miskin, al-riqab (pelajar tahfiz - golongan yang mahu keluar dari perhambaan kejahillan agama), fisabilillah, muallaf dan amil serta anak yatim/piatu dan OKU.
Pelbagai aktiviti bersama mereka dilaksanakan seperti Ihya Ramadhan, Sambutan Hari Kebesaran Islam dll. Persatuan Insani juga menyelia kemudahan asrama bagi membantu mendapatkan keselesaan kehidupan dan meringankan beban kehidupan. Alamat Asrama Kebajikan Ar Rayyan adalah 15-01, Jalan Sri Perkasa 1/4, Taman Tampoi Utama, 81200 Tampoi Johor Bahru, Johor. Seramai 32 orang penghuni/pelajar mendapat manfaat dari kewujudan asrama ini dan 102 orang lagi dibantu melalui sumbangan dalam aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment