
Pengerusi (+6013 3450068), Telefon (+607 2411417), Faks (+607 2411517) Email : insani.darultakzim@gmail.com, Alamat : 06-01, Jalan Sri Perkasa 1/5, Taman Tampoi Utama, 81200, J. Bahru, Johor
Monday, 20 February 2017
Majlis Makan Malam Amal
Persatuan Insani Darul Takzim akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal pada 19hb Mei 2017 bermula 7.30 hingga 11.00 malam. Program ini dijangka akan diadakan di Dewan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi Johor Bahru. Dijangka 200 orang akan menyertai program murni ini. Objektif penganjuran program ini adalah mengumpul dana bagi menampung kos operasi Asrama Kebajikan Ar Rayyan (Daftar JKM : J/PJB WT 016/2016), kos aktiviti wajib pelajar dan kos baikpulih kerosakan asrama. Tajaan VVIP bernilai RM 5,000, RM 3,000 dan RM 1,000 untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Tajaan VVIP layak untuk mendapatkan resit pengecualian cukai Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7729). Tajaan/sumbangan atau derma di bawah nilai RM 1,000 juga dialu-alukan untuk turut serta di dalam program ini. Maklumat lanjut hubungi Ustaz Halimi 013-3450068.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment