Tuesday 11 March 2014

Carnival Ar Rayyan Charity Sales

Carnival Ar Rayyan Charity Sales merupakan satu strategik inisiatif bagi Asrama Kebajikan Ar Rayyan untuk mendapatkan sejumlah dana bagi menampung kos pengurusan dan operasi asrama kebajikan bagi anak yatim dan miskin. Di samping itu juga, program ini dijalankan bagi merapatkan pihak asrama samaada penghuni, penjaga dan pengurusan bersama dengan masyarakat. Program ini dilaksanakan sejak November 2013 di beberapa lokasi pasaraya yang terpilih seperti Kipmart Kota Tinggi, Kipmart Segamat, Kipmart Masai, @Mart Kempas dan Kipmart Tampoi. Program ini akan diteruskan dengan kerjasama dari pelbagai pihak lain seperti Econsave, Kelab Pemilik Kenderaan seperti VIVA, TOYOTA WISH, VESPA dll.Pelbagai aktiviti menarik dipersembahkan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Azan, Pertandingan Membaca Al Quran, Pertunjukkan Haiwan Esotik, Pertandingan Ratu Muslimah, Ceramah Maulidur Rasul dan Pertandingan Karaoke. Disamping itu, pelbagai gerai jualan amal dibuka dengan pelbagai barangan jualan ada di dalam program ini dan kemuncak kepada program ini adalah lelongan amal dan kutipan derma kilat bagi Asrama Kebajikan Ar Rayyan. Program yang dijalankan setiap bulan ini, mendapat sambutan baik dikalangan masyarakat khususnya peniaga yang turut sama memeriahkan program yang dijalankan ini.

No comments:

Post a Comment